Sunday, November 8, 2009

Bahagiakah Hiburan Kita?

Terdetik dalam hatiku, apakah dengan hiburan kita akan tenang?
Ada orang berkata, dengar muzik akan merehatkan minda kita,
Ada juga berkata, menonton filem akan menghilangkan gelisah kita,
Ada juga yang menambah, bermain video game akan membuatkan kita gembira,
Apakah dengan melakukan semua ini akan membuat kita tenang?

Jenis hiburan yang bagaimana sebenarnya akan membuatkan kita bahagia?
Muzik, filem, video game sudah lama meresap dalam diriku,
Tetapi selepas melakukan semua itu, diriku masih tertanya-tanya,
Dimanakah bahagiaku?
Setelah puasnya mendengar muzik?
Semasa penghabisan filem yang kita tonton?
Atau ketika aku leka bermain video game?

Persoalannya, adakah jenis hiburan ini benar?
Memang tidak dinafikan kita memerlukan hiburan,
Hiburan itu fitrah manusia,
Fitrah yang menjadikan kehidupan kita lebih indah.

Tetapi, cumanya di sini kenapa kita perlu leka apabila berhibur?
Hiburan yang sampai melekakan kita menunaikan solat?
Hiburan yang menyebabkan kita memberi alasan “aku hibur sikit je”?
Janganlah sampai kelekaan kita behibur dan berlibur akan membinasakan kita.

Jadi, bagaimana cara mahu berhibur?
Kembalilah kepada Islam kerana hanya Islam yang akan membuat kita terhibur,
Hanya hiburan berlandaskan Islam yang akan menyelamatkan kita,
Hanya hiburan daripada Allah SWT akan menghiburkan hati hamba-Nya,
Berhiburlah dengan bersolat, membaca al-Quran, dan zikrullah.

Ketahuilah bahawa dengan banyaknya kita ketawa di sini,
Akan menyebabkan kita menangis di akhirat sana,
Oleh itu, kenangilah untuk apa kita berhibur,
Biarlah kita menjadi orang yang berhibur kerana Allah SWT,
Kerana hati kita akan terhibur kerana Allah SWT,

Ya Allah, hiburkanlah hatiku dengan ayat-ayat-Mu,
Basahkanlah lidah kami dengan puji-pujian untuk-Mu,
Hiburkanlah kami apabila mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW,
Berilah kami jalan yang benar untuk mengecapi hiburan daripada-Mu,
Kerana Engkaulah pemberi ketenangan yang hakiki…

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran