Tuesday, November 10, 2009

Ulasanku di taman syurga


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirahim

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan mulia nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabat.

Alhamdulillah pagi yang indah menyapa aku dengan penuh kemudahan. Aku berusaha menjadi “full time muslim”. Jadi, dengan makrifat dan hidayah-Mu, aku menharapkan ia terus mengalir ke dalam tubuhku dan seterusnya orang disekelilingku. Nikmat iman dan Islam ini sentiasa disyukuri dan disayangi.Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, Aminn…



 Setelah apa yang aku dengar ceramah pada suatu malam, sebagai umat Islam ini, apakah pemahaman dan pemikiran kita terhadap Islam?satu persoalan yang sangat menarik untuk dikupas dan dikongsi bersama. Apa pandangan kita terhadap Islam? Adakah Islam ini hanya berkaitan dengan solat, surau, masjid dan puasa dan sebagainya?memang tidak dinafikan bahawa ibadah khusus ini sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Jadi kita wajib pelihara ibadah khusus ini supaya sentiasa dijaga dan bukan terabai begitu sahaja!

Apakah selepas kita sudah bersolat?kita sudah lagi tidak beribadah?apakah dengan khusyuknya dalam solat akan bertukar khayalan diluar solat?dalam solat ada Allah?luar solat tiada Allah?begitukah pemahaman kita terhadap Islam?(aku memohon untuk berlindung kepada-Mu Ya Allah)

Berbalik kepada persoalan yang saya cuba kongsikan kenapakah ada pemikiran begini dalam umat yang bernama Islam? Saya fikir, pengaruh yang terbesar dalam permasalahan ini adalah ibu bapa dan persekitaran. 2 aspek utama yang saya cuba bawa iaitu IBU BAPA dan PERSEKITARAN. Kenapa?sebab ibu bapa yang akan mencorakkan anaknya sama ada yahudi, majusi, dan nasrani. Dengan asbab ibu bapalah, anak yang jahat itu dipandang jahat oleh ibu bapa sendiri. Memang anak yang jahat itu kelihatan seperti anak itu yang jahat, tetapi apakah yang ada disebalik kejahatan itu? Tentulah ibu bapa. Dengan kesiannya ibu bapa terhadap anak yang bebas melakukan kemungkaran, akan membuat anak-anak lalai dengan tanggungjawabnya. Contoh mudah apabila ibu bapa tidak sampai hati mengejut anak daripada tidur dengan alasan anak tidak cukup tidur?(yang sudah sampai had umurnya untuk dia bersolat) Apakah itu cara memdidik anak dengan betul?


Pengaruh persekitaran pula akan mempengaruhi pemikiran kita sebagai seorang Islam. Sekirannya persekitaran kita banyak dipengaruhi oleh percampuran perkara-perkara yang haram dan halal. Kita lihat sekarang ini, banyak perkara yang bercampur haram dan halalnya. Apabila perkara ini bercampur, maka perkara yang haram akan menguasai atau meliputi perkara yang halal itu. Contoh yang mudah di sini adalah satu botol air mineral yang suci dan bersih, apabila tercampur hanya dengan setitik air najis, maka rosaklah keseluruhan air mineral itu tadi. Jadi kita mestilah berusaha untuk menjauhi perkara-perkara yang maksiat ini! Kita perlu pertahankan sucinya mineral yang bersih itu!



Jika kita sendiri malu untuk bercakap Islam, siapakah lagi yang nak bercakap tentang agama yang tertinggi ini? Kalau kita sendiri malu bercakap Islam di dalam rumah Allah (majlis ilmu), dekat mana lagi kita mahu bercakap tentang Islam? Di dalam kuil kah? Di dalam gereja kah? Mungkin jika di kiul atau gereja itu ada sedikit masalah untuk kita bercakap tentang Islam (mungkin untuk ia adalah sesuatu ynag sensitif). Tetapi apakah alasan kita, tidak boleh bercakap tentang Islam@ majlis ilmu di rumah Allah itu sendiri?

Adakah Islam ini hanya soal peribadi?nabi Muhammad saw yang dijanjikan masuk syurga, ber”title” rasul, maksum dan sebagainya pun masih lagi mahu bergelumang dengan darah-darah para syuhada. Apakah ini dianggap peribadi? Jika ia, pastilah nabi kesayangan kita duduk sahaja di rumah, berehat sahaja menantikan ganjaran syurga diakhirat nanti. Tetapi idola sebenar kita tidak melakukannya. Nabi juga pergi berperang, nabi juga bersama-sama mengerakkan usaha untuk memartabatkan agama suci Islam ini. Jadi berbalik kepada kita? Apakah kita menganggap Islam itu adalah perkara peribadi? Kubur kau, kubur kau! Kubur aku, kubur aku? Kalau itulah alasannya, sebab alasan itu lah aku cuba untuk menasihati engkau sebab kalau kubur kau sama dengan kubur aku, bolehlah aku menasihati@ menegur engkau. Tetapi tidak, engkau duduk dalam kubur yang lain. Jadi tak dapatlah aku menasihati@menegur engkau sebabnya berlainan kubur…dan disebab itu jugalah Islam ini bukanlah untuk engkau sahaja atau untuk aku sahaja. Ia adalah bukan perkara peribadi, kerana ia adalah perkara semua. Semua orang akan mendapat manfaat daripada Islam.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran