Thursday, January 21, 2010

Nasihat tentang KEMATIAN


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala-pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Q.S. Ali Imran: 185)

Siapkan pundit-pundi bekalmu
Untuk masa yang pasti menantimu
Bila kematian datang menjemputmu
Sampailah sudah batas hayatmu
Tibalah saatnya kau bertaubat
Dari segala perilaku jahat
Hendaklah waspada wahai umat
Sebelum ajalmu dijemput malaikat
Di hari kiamat kau akan menyesal
Kerana kau pergi tanpa bekal
Di tempat yang selalu dirundung sial
Peristiwa yang menanti di balik ajal
Tidakkah anda merasa kecewa
Sahabatmu yang senyum ceria
Kerana bekal yang cukup tersedia
Sedang dirimu haus dahaga…




(dipetik dari buku bimbingan Islam untuk pribadi dan masyarakat)

Tuesday, January 19, 2010

Warkahku Untuk Hawa


Bismillahirahmanirahim

Kesempatan waktu yang menyapa ini,
Diharapkan engkau sempat membaca warkah ini,
Khilafku harap diampun jika warkah ini membuatmu tidak senang,
Kerana aku adalah adam,
Teman yang ingin didampingi di syurga dahulu.

Aku bukanlah orang yang layak untuk menyoret warkah ini,
Aku tidaklah mempunyai kelayakan untuk menilaimu,
Aku hanyalah adam,yang menghargai dan menyayangimu,
Izinkanlah diriku untuk meneruskan coretan ini.

Ketahuilah engkau adalah sebahagian diriku,
Lantas,perjalanan hidupmu juga sebahagian perjalanan bagiku,
Kerana kita sama-sama hamba Allah,
Perjalanan kita adalah menuju matlamat yang sama,
Untuk mengapai keselamatan dan menuju keredhaan Allah.

Susahkah engkau keluar rumah dengan ber“pakaian”?
Apa yang tergambar di dasar mataku,
Engkau bukanlah ber“pakaian” di tubuhmu,
Tetapi hanyalah cebisan daripada “pakaian”
yang cuba engkau sembunyikan,
Baju sendat!seluar ketat!tudung singkat!
Dan segala macam yang membuat panafasanku tersekat!

Izinkanlah dirimu untuk ber“pakaian” walau hanya sekali ketika keluar,
Mungkin selama engkau memijak bumi ini,
Engkau tidak pernah ber”pakaian”?
Cubalah beri peluang kepada dirimu untuk ber“pakaian”,
Malulah kepada dirimu yang menginginkan “pakaian”.

Berilah dirimu “pakaian” yang sebenar,
Jauhkan dirimu daripada baju sendat!seluar ketat!tudung singkat!
Pakailah apa yang sebenarnya dikatakan sebagai “pakaian”,
Bukanlah apa yang dikatakan ampaian.

“Pakaian”lah yang akan mengambarkan maruahmu sebagai dirimu,
Apakah kamu tidak menginginkan dirimu?
Tidakkah engkau sayang dirimu sebagaimana aku menyayangimu?
Hargailah “pakaian” untukmu kerana itu terbaik buatmu.

Bila menyebut mengenai ini,
Memang engkau akan bijak mengeluarkan hujahmu sendiri,
Mungkin boleh jadi baik dan juga boleh jadi sebaliknya,
Cumanya,ambillah sesuatu daripada warkah ini,
Janganlah coretan ini dikesampingkan.

Walaupun aku tahu,adam juga melakukan kesilapan,
Tetapi,dengarlah apa yang ingin aku cakapkan,
Bukannya siapa aku yang bercakap,
Ambilah faedah daripadanya,
Bukan berbalah daripadanya.

Ketahuilah bahawa aku menyayangi engkau,
Engkau dahulunya sebahagian daripadaku,
Disebabkan engkau juga meyemat satu kalimah yang sama,
Mendokong satu akidah yang sama,
Menganut satu agama yang sama,




Doaku adalah,
Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan-Nya…
Amin,

Monday, January 18, 2010

Terjemah kasih orang tuaku

Salam alaik…

Kasih seorang ayah selama-lamanya dan kasih seorang ibu sampai ke syurga, insyaAllah. Hakikat sebenarnya segala hubungan kasih mestilah menjadikan Allah sebagai penghubungnya agar mendapat keredhaanNya.

Begitulah ungkapan yang boleh aku lontarkan agar sentiasa menghormati orang tuaku yang berada di kampung halaman. Terubat rasa rindu di hati untuk bertemu dengan mereka di kampung yang hakikatnya Allah adalah pemberi bahagia dan penyembuh luka. Pada kebiasaannya aku memang jarang untuk balik ke kampung disebabkan dengan urusan-urusan aku di perantauan ini. Tetapi dengan kehendak Allah, akhirnya pada hari jumaat (15 januari) aku telah diberi peluang untuk bertemu mata dengan ibu bapaku. Ya Allah hanya Engkau pemgubat rasa rindu ini kepada ibu bapaku dan dengan izin Engkaulah aku selamat sampai ke kampung dengan menaiki motor. Walaupun pada mulanya, orang tuaku tidak mengizinkan aku balik dengan motor atas sebab keselamatan, tetapi akhirnya mereka mengizinkan juga. Mungkin dengan keizinan dan berkat daripada doa mereka, aku selamat sampai ke rumah dan memang nekad aku kerana sudah lama tidak berjumpa mereka semenjak daripada pertengahan tahun lepas (sem5). Terasa angin perubahan (dengan izinNya), aku semakin sejuk melihat orang tuaku yang istiqamah dengan ibadahnya. Semoga haji kedua mereka pada musim haji yang lalu benar-benar memberi kesan kepada mereka, insyaAllah.

Aku sebagai anak, tetap dan tetap mendoakan kesejahteraan mereka. Aku meluahkan rasa sayang dan rindu aku dengan menitipkan doa untuk mereka. Kasih sayang daripada orang tua sememangnya suci kerana dengan redha mereka akan menentukan sama ada kita ini anak yang soleh atau solehah. Janganlah kita sekali-kali melukakan hati mereka, dan sekirannya mereka terasa hati cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada mereka.

Akhir kata, semoga diriku ini sentiasa dan sentiasa sayang kepada ibu bapaku. Walaupun jarang berkesempatan untuk bersua muka dengan mereka, tetapi aku merasa puas dapat melihat wajah bersih mereka selama beberapa hari (2hari)

Wassalam…

Wednesday, January 13, 2010

Takziah untuk keluarga Mohd Faizol dan Ahmad Fadhiri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku, kedua orang tuaku, guru-guruku, jiran-jiranku, SAHABAT-SAHABATKU, MUJAHID ISLAM, dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Al-Fatihah dititipkan untuk sahabatku Mohd Faizol bin Abdul Sukor. Semoga sahabatku ini sentiasa dibawah payungan rahmat Allah SWT. Pagi 25 muharram 1431 (11 jan) yang cukup hiba bagiku kerana mendapat panggilan daripada sahabat baikku yang mengatakan salah seorang daripada sahabatku telah kembali ke Rahmahtullah. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui segala isi hati manusia. Aku pasrah dengan segala ujian-Nya dan pemergian sahabatku ini bukanlah sebagai titik akhir bagi dia. Apa yang aku tahu adalah dia adalah seorang sahabat yang baik. Semoga permulaan kehidupan yang kekal abadi bagi sahabatku ini merupakan permulaan yang sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Menyusul selepas pemergian Mohd Faizol, seorang lagi sahabatnya yang juga menaiki motor yang sama juga meninggalkan aku. Ahmad Fadhiri bin Mohamad Ariffin yang aku kenal merupakan seorang yang tenang dalam segala urusannya. Ya Allah, tidak sampai 2 bulan aku mengenalinya, Allah lebih menyayanginya. Percaturan yang cukup hebat di mana 2 orang sekali gus Allah menjemput sahabat ini.

Tidak pernah aku merasakan perasaan ini apabila sahabat ini melangkah ke alam barzakh. Apabila aku melihat wajah tenang mereka, aku merasa hiba dengan pemergian mereka. Namun, aku juga pasrah dengan pemergian mereka ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Faizol dan Ahmad Fadhiri…

Tuesday, January 5, 2010

Kembali


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana aku masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus bernafas di dunia ini dengan indah dan menikmati nikmat yang terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat iman dan Islam.

Setelah lama aku meninggalkan laman tinta ini, aku rasa mahu kembali untuk mengimarahkan laman tintaku ini. Hari-hari yang penuh dengan bermakna telah aku lalui dengan rasa kesyukuran. Lebih kurang sebulan aku tidak menulis dalam laman ini yang mungkin disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat digariskan di sini. Jadi aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sementara penulisanku dalam laman ini. Terasa futur untuk meneruskan penulisan blog ini kerana pada aku sudah terlalu lama meninggalkan bolg ini;-( Tetapi mungkin masih ada lagi ruang untuk aku meneruskan penulisanku di sini. InsyaAllah.

Alhamdulillah, pada hari 27 dec yang bersamaan 10 muharram 1431 adalah hari yang menjadikan aku semakin dekat dengan kehidupan akhirat kerana pada hari ini genaplah umurku 22 tahun. Hari yang disunatkan untuk kita berpuasa dan seterusnya menjadikan akhlak kita lebih terjaga sekiranya kita menjaga ibadah kita. Pada saat aku teringat kedua orang tuaku yang berada di Mekah untuk menunaikan haji, semoga haji mereka diterima sebagai haji yang mabrur. Rindu sangat untuk berjumpa dan bersalaman dengan mereka tetapi keadaan yang menangguhkan pertemuan kami. insyaAllah aku akan balik juga untuk berjumpa orang tuaku.

Diharapkan dengan kembalinya aku dalam blog ini menguatkan semangat aku untuk terus menulis dalam blog ini. Pada aku ini merupakan salah satu wadah untuk aku berkongsi atau menyampaikan sesuatu kepada pembaca dan insyaAllah semoga kita bersama-sama mengambil sesuatu daripada penulisan ini.

hiburan hatiku

Listen to Quran