Sunday, November 8, 2009

Dari Adam untuk Adam

Ketahuilah wahai temanku…
Apakah yang akan menyebabkan dikau merasa bahagia?
Apakah dengan perhiasan dunia ini akan membahagiakan kita?
Hanya dua perkara besar yang akan menjadi fitnah bagi kita,
Wanita dan harta…

Ketahuilah bahawa fitnah ini boleh menjadi baik dan sebaliknya.
Kitalah yang akan membawanya ke arah kebaikan.
Menjadikan kedua-dua fitnah ini selaras dengan sunnahtullah,
Dan seterusnya menikmati secebis ketenangan.

Ketahuilah sekiranya kita jaga keduanya berlandaskan hukum Islam.
Maka ia akan menjadikan kita bahagia.
Tetapi sekirannya kita lalai dengan keduanya,
Maka ia akan menjelumuskan kita ke dalam kebinasaan.

Adakah dengan kelalaian kita sekarang boleh membuatkan kita bahagia?
Bahagiakah kita sekarang ini?
Apakah erti bahagia bagi kalian?
Bagaimana mendapat bahagia?
Perlukah kita hanya dengan bersenang lenang untuk mendapatkan bahagia?
Ketahuilah bahawa kebahagian hakiki itu mahal harganya.

Kita perlu mengharungi pahitnya nafsu,
Kita perlu menahan daripada menikmati manisnya madu dunia yang seketikam,
Apakah dikau tidak pernah mengerti pahitnya hempedu?
Apakah dikau hanya terleka dengan manisnya madu dunia ini?

Mahalkan kebahagian hakiki itu?
Adakah ia semahal rumah besar?
Adakah ia semahal kereta besar?
Dan benda yang bernilai jutaan ringgit?

Tidak sama sekali.
Kerana kebahagian hakiki sangat bernilai,
Sehingga tiada ukuran wang yang boleh mengukurnya.

Hakikat kebahagian itu hanyalah daripada Allah SWT,
Ya Allah, bantulah kami dalam menguruskan ujian terbesar bagi kami ini,
Iaitu fitnah wanita dan harta,
Kerana ia akan mendorong nafsu kami memberontak!!
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami…

1 comment:

  1. aminnn...
    jihad kecil tu...
    bkn kerja mudah...
    insya-Allah diberi kekuatan utk itu...

    ReplyDelete

hiburan hatiku

Listen to Quran