Tuesday, November 10, 2009

Surat dari Palestin untukku…




Di saat aku bersuka ria di sini,
Ada satu panggilan yang tersentak aku daripada lamunan ini,
Panggilan yang akan mengambarkan diriku sebenar,
Siapakah aku di hadapan mujahid/ah Palestin?

Layakkah aku digelar saudara seakidah dengan mereka?
Ketika mereka menjadi barisan hadapan,
Aku berada di barisan mana?
Ketika kalian menjadi wakil bagi seluruh umat Islam,
Aku menjadi wakil untuk apa?
Adakah akidahku sekuat semangat jihad kalian?

Di saat aku membaca surat kalian untukku,
Aku merasakan satu perasaan yang menghibakan,
Di saat ramai yang melupakan nasib kalian,
Aku mengubah diriku untuk sentiasa mengenang semangat kalian,
Untuk menjadikan diriku sekuat akidah kalian,
Dalam menentang Yahudi Laknatullah!!

Kemenangan kalian, adalah kemenangan umat Islam,
Tidakkah aku sedar perkara ini?
Jika aku tidak sedar akan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?

Buat HAMAS, kalian merupakan pejuang sejati,
Kalian dihantar oleh Allah SWT untuk menjadi obor bagi rakyat Palestin,
Di saat kalian tidak tunduk kepada tekanan AS dan EU,
Kalian memilih untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir,
Yang akan membuat kalian sulit,
 Tetapi tidak sama sesekali mengiktiraf kewujudan Israel di bumi Palestin!!

Buat kalian, ketahuilah bahawa saudaramu di sini bersama kalian,
Aku sentiasa bersama kalian dalam pejuangan kalian,

Wahai teman-temanku di sini,
Diharapkan coretan ini menjadikan kita lebih prihatin,
Walaupun kita di Malaysia, tetapi biarlah semangat kita di Palestin,

“jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan reda pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak memaafkannya”





Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.


No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran