Wednesday, November 11, 2009

Ulasanku di taman syurga

sambungan...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat lagi menyambung ulasan ceramah yang saya dengar di salah sebuah surau di Tanjung Malim ini. Pemikiran kita terhadap Islam kini semakin terhakis disebabkan pengaruh sekularisme barat. Memang tidak dinafikan itu, tetapi apakah kita yang mahu menuduh orang yang sememangnya tidak beriman kepada Allah? Adakah kita akan menyalahkan orang yang sememangnya tidak percaya kepada al-Quran? Orang yang tidak mengenal erti dosa dan pahala? Orang yang menafikan kehadiran hari kiamat? Mereka semua ini sememangnya sudah dikategorikan sebagai kafir! Jadi, sepatutnya kita menyalahkan diri kita sendiri kerana menjauhkan diri dengan agama Islam kita sendiri. Kita sendiri yang tidak mahu kepada Islam? (Maaf kalau saya terkasar).

Jadi bagaimana kita mahu Islam? Saya teringat kepada suatu hadith yang lebih kurang maksudnya kalau kamu mahukan dunia adalah dengan ilmu, dan kalau kamu mahukan akhirat juga hendaklah dengan ilmu. Jadi ilmu itu sendiri merupakan wadah yang penting untuk kita mahukan Islam. Ilmu tanpa amal, rugi! Amal tanpa ilmu, sia-sia! Oleh itu, beringatlah kita mengenai kepentingan ilmu yang ada hubung kait dengan amalnya. Saya sebagai orang yang bakal terlibat dalam suasana ilmu@pendidikan ini akan cuba yang terbaik untuk anak bangsa saya. Tetapi malanglah kita rakyat Malaysia kerana tokoh pendidikan kita sekarang ini jatuh kepada ANANDA KRISNAN! Kita membiarkan ananda ini mendidik masyarakat kita? Siapa ananda ini? Adakah anugerah tokoh pendidikan kita jatuh kepada ananda? Nah, adakah kita masihkah kita terleka dengan keadaan ini? Jangan biarkan ananda yang mengunakan astro yang pastinya banyak siaran yang melekakan, mendidik anak bangsa kita!!!


Pendidik bangsa kita!!!


Maka benarlah kata-kata ulamak mesir yang mengatakan rosaknya umat Islam ini akan seterusnya akan merosakkan alam. Alam ini akan rosak seiring dengan kerosakan umat Islam. Rosakkan umat Islam ini bukanlah diukur melalui zahirnya tetapi rosaknya umat Islam ini diukur melalui batinnya. Dalaman kita sudah lagi tidak mencerminkan keindahan Islam itu sendiri. Untuk menzahirkan dalaman kita indah, mungkin dengan asbab sempurnanya pakaian seseorang itu, dia boleh dikatakan indah menurut Islam. Tetapi yang tidak sempurna pakaiannya itu, mahu diukur dengan apa? Dengan hatinya kah? Mungkin mereka-mereka ini akan menjawab luaran tidak penting, yang penting adalah hati baik? Betulkah statement ini? Bagi saya luaran itu akan mencerminkan akhlak seseorang itu. Jadi untuk menzahirkan kita ini sensitif agama, patuh kepada agama dan saying kepada Islam, maka luaran kita juga perlu mencerminkan apa yang tersemat di dalam seseorang itu. Dunia ini bukanlah tempat rehat, tetapi adalah tempat untuk kita mengumpul bekalan untuk akhirat. Bekalan apa? Saya rasa tidak perlu dihuraikan di sini.

Kita janganlah leka dengan permainan dunia ini kerana dunia ini adalah perhiasan semata-mata. Harta, pangkat, darjat, anak-anak, perempuan(isteri) adalah perhiasan dunia yang dilihat indah bagi mereka yang tidak sedar keindahan akhirat. Wanita itu adalah perhiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. Kenapa wanita solehah ye? Sebab hanya wanita solehahlah, kita akan merasa sedikit nikmat dunia yang akan diharungi bersama-samanya. Wanita solehah inilah yang akan melengkapkan diri kita sebagai lelaki yang tercari-cari separuh daripada dirinya. Terkeluar daripada topik sedikit:-)

Berbalik kepada pentingnya untuk kita memahami Islam yang sebenar, apakah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita?pada sy, kita perlu menzahirkan rasa syukur kita dengan menterjemahkan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Contoh yang mudah, lagi sekali sekirannya umat Islam ini meninggalkan tanggungjawabnya, maka ia secara tidak langsung akan merosakkan alam ini.

Jadi, akhir tinta putih ini, sy mengambil kata-kata semangat daripada penceramah iaitu sinar nur Islam sentiasa bersama kita. Percayalah bahawa hanya Islam yang disinari nur oleh Allah SWT.

Wassalam…

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran