Tuesday, October 20, 2009

hubungan ikhwah

salam...

Alhamdulillah, dalam kita merencanakan sebuah kehidupan pastinya ada satu perkara yang difikirkan penting iaitu hubungan ikhwah sesama muslim kerana setiap muslim itu adalah bersaudara antara satu sama lain. Jadi, untuk merencanakan sebuah ikhwah, janganlah kita beranggapan bahawa semua perhubungan dihalalkan oleh agama Allah. Memang diakui bahawa setiap orang yang ber"title" muslim, dia adalah salah satu daripada saudara kita yang mana mereka juga mempunyai hak untuk dinikmati seperti mestilah dibantu apabila ditimpa masalah, memberi salam dan sebagainya. Namun, ada suatu perkara yang penting dalam kita menjalinkan ikhwah sesama kita iaitu "batasan dalam perhubungan". Lelaki dan wanita sepatutnya tahu apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang mereka tidak boleh lakukan. Selagi seseorang itu bernama "bukan mahram" kepada orang lain, selagi itulah dia perlu jaga batasan pergaulan mereka. Lainlah ceritannya jika dia ini sudah "akad nikah". Jadi cumanya di sini, saya ingin menasihati diri saya sendiri dan mereka yang masih lagi mengaku Islam, untuk membina hubungan atas kerana Allah swt kerana hanya dengan itulah kita terselamat daripada hubungan yang tidak diredhai.

Berbalik kepada perkara pokok yang saya ingin sampaikan iaitu kepentingan hubungan persaudaraan sesama Islam yang mana saya fikir dan saya mengakui saya sendiri masih lemah dalam persaudaraan sesama Islam. Walaupun diri ini tidak layak untuk bercakap mengenai hubungan persaudaraan, tapi saya fikir cukup untuk saya menyampaikan satu perkara kepada diri saya sendiri dan seterusnya kepada orang lain. Sebagai contohlah, saya masih mengakui ada beberapa orang yang saudara seislam saya yang saya sendiri kurang kenal ataupun senang ceritanya tidak tahu nama. Apatah lagi mereka yang bukan dengan seagama dengan saya. Tapi, cumanya di sini, ketahuilah bahawa saya ini adalah saudara kamu semua. Dan atas maksud itu, marilah kita bersama-sama menghubungkan tali silaturrahim sesama insan dan binalah kekuatan kita melalui persaudaraan yang berlandaskan hukum Allah swt.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya"(HR Al-Bukhari dan Muslim). Jadi, tahap perhubungan kita diukur melalui hadith ini di mana tingkat yang paling tinggi dalam perhubungan adalah kita mengasihani saudara kita sebagaimana kita menjaga diri kita sendiri. Saya pasti, apabila kita menyebut tentang penjagaan diri ini, semua akan berhabis-habis untuk berbelanja dan sebaginya untuk menjaga diri sendiri. Tetapi malangnya, apabila sebut sahaja saudara kita, kita melarikan diri.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Akhir tinta putihku ini, sambutlah salam daripada saya kepada kamu semua...jadikan hubungan persaudaraan kita ini indah dan tiada yang lebih indah lagi sekirannya mendapat kerahmatan dan keredhaan daripada Pemberi nikmat indah itu sendiri iaitu Allah swt...insyaAllah

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran