Sunday, October 25, 2009

DARI HATI KE MATA...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirahmanirahiim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dari hati ke mata?

mmm…pelik bunyinya? Bagaimana seorang boleh melihat tanpa menggunakan mata? Biasanya orang akan sebut dari mata turun ke hati. Tapi sy cuma mahu mengetuk sedikit pemikiran yang sebegitu kerana mahu membuat sedikit kelainan kot.

Mata memang berfungsi untuk melihat segala ciptaan atau kebesaranNya. Jadi biasanya mata yang kita gunakan ini adalah untuk melihat. Dengan mata kita boleh melihat muka ibu bapa kita, melihat sahabat-sahabat kita, melihat indahnya bintang, dan melihat apa sahaja yang terlintas dihadapan kita. Besarnya nikmat mata ini jika nak dibandingkan dengan wang ringgit, rumah-rumah besar, emas-perak dan setara dengannya lah. Mahukah kita menukar nikmat melihat ini dengan rumah-rumah banglo? Mahukah kita tebus nikmat melihat ini dengan 1 juta ringgit atau lebih daripada itu? Persoalan ini akan terungkai sekirannya anda sendiri membuat pilihan.

Cumanya di sini, mungkin satu perkongsian dengan anda semua bagaimana untuk melihat sesuatu itu bukan dengan mata. Macam mane ek??mmm…pada sy lar, apabila kita melihat sesuatu perkara itu mestilah di dasari dgn pandangan hati. Dengan erti kata lain, kita memandang dengan mata yang ada dalam hati dan bukan mata yang ada di alis mata. Sekirannya kita melihat hanya dengan mata, maka mata hanya akan apa yang ada di luar sahaja. Jika cantik, maka cantiklah ia, dan jika hodoh, maka hodohlah ia. (mcm selalu kita diasak dengan pakej2 yg digariskn oleh pencinta hendonisme!!yg ntah pape!!)

Sedangkan hakikat sebenarnya adalah berbeza. Yang cantik di luar itu tidak semestinya cantik di dalamnya dan yang hodoh di luar itu tidak semestinya hodoh di dalamnya. Mungkin kalau sudah cantik dan dalam adalah satu bonus baginya.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)

Di sini, hatilah yang akan mentafsirkan cantiknya luaran itu berdasarkan pandangan tulus ikhlas hati itu sendiri. Mungkin anda semua sudah biasa mendengar hadith yang lebih kurang maksud dia : dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika baik, maka baik la keseluruhannya dan ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI. Jadi sekirannya kita melihat seseorang itu, janganlah hanya dilihat dengan pandangan mata yang ada di alis mata tapi mata yang ada dalam lubuk hati. Kerana sy pasti, selagi namanya manusia itu, hatinya pasti mahukan sesuatu yang baik. Xde lagi hati manusia ini yang mahukan kepada keburukan, kehancuran dan sewaktu dengannya. Kalau melihat penjenayah atau orang-orang jahat ini pun sebenarnya masih ade lagi sedikit terdetik di hatinya untuk menjadi baik. Jadi nak diceritakan di sini adalah hati ini sangat besar “share”nya dalam hidup kita. Jika rosak hati, maka “bankrap” hidup kita.

Tambahan lagi, Ulama mengkategorikan hati manusia ini terbahagi kepada beberapa jenis;

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Akhir tinta putihku ini, sy ingin membawakn apa yg dikatakan oleh imam al-Ghazali iaitu hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.
Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam surah asy-Syams, ayat 1 hingga 10."

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."
(Riwayat Muslim)

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran