Monday, January 18, 2010

Terjemah kasih orang tuaku

Salam alaik…

Kasih seorang ayah selama-lamanya dan kasih seorang ibu sampai ke syurga, insyaAllah. Hakikat sebenarnya segala hubungan kasih mestilah menjadikan Allah sebagai penghubungnya agar mendapat keredhaanNya.

Begitulah ungkapan yang boleh aku lontarkan agar sentiasa menghormati orang tuaku yang berada di kampung halaman. Terubat rasa rindu di hati untuk bertemu dengan mereka di kampung yang hakikatnya Allah adalah pemberi bahagia dan penyembuh luka. Pada kebiasaannya aku memang jarang untuk balik ke kampung disebabkan dengan urusan-urusan aku di perantauan ini. Tetapi dengan kehendak Allah, akhirnya pada hari jumaat (15 januari) aku telah diberi peluang untuk bertemu mata dengan ibu bapaku. Ya Allah hanya Engkau pemgubat rasa rindu ini kepada ibu bapaku dan dengan izin Engkaulah aku selamat sampai ke kampung dengan menaiki motor. Walaupun pada mulanya, orang tuaku tidak mengizinkan aku balik dengan motor atas sebab keselamatan, tetapi akhirnya mereka mengizinkan juga. Mungkin dengan keizinan dan berkat daripada doa mereka, aku selamat sampai ke rumah dan memang nekad aku kerana sudah lama tidak berjumpa mereka semenjak daripada pertengahan tahun lepas (sem5). Terasa angin perubahan (dengan izinNya), aku semakin sejuk melihat orang tuaku yang istiqamah dengan ibadahnya. Semoga haji kedua mereka pada musim haji yang lalu benar-benar memberi kesan kepada mereka, insyaAllah.

Aku sebagai anak, tetap dan tetap mendoakan kesejahteraan mereka. Aku meluahkan rasa sayang dan rindu aku dengan menitipkan doa untuk mereka. Kasih sayang daripada orang tua sememangnya suci kerana dengan redha mereka akan menentukan sama ada kita ini anak yang soleh atau solehah. Janganlah kita sekali-kali melukakan hati mereka, dan sekirannya mereka terasa hati cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada mereka.

Akhir kata, semoga diriku ini sentiasa dan sentiasa sayang kepada ibu bapaku. Walaupun jarang berkesempatan untuk bersua muka dengan mereka, tetapi aku merasa puas dapat melihat wajah bersih mereka selama beberapa hari (2hari)

Wassalam…

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran