Wednesday, January 13, 2010

Takziah untuk keluarga Mohd Faizol dan Ahmad Fadhiri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku, kedua orang tuaku, guru-guruku, jiran-jiranku, SAHABAT-SAHABATKU, MUJAHID ISLAM, dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Al-Fatihah dititipkan untuk sahabatku Mohd Faizol bin Abdul Sukor. Semoga sahabatku ini sentiasa dibawah payungan rahmat Allah SWT. Pagi 25 muharram 1431 (11 jan) yang cukup hiba bagiku kerana mendapat panggilan daripada sahabat baikku yang mengatakan salah seorang daripada sahabatku telah kembali ke Rahmahtullah. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui segala isi hati manusia. Aku pasrah dengan segala ujian-Nya dan pemergian sahabatku ini bukanlah sebagai titik akhir bagi dia. Apa yang aku tahu adalah dia adalah seorang sahabat yang baik. Semoga permulaan kehidupan yang kekal abadi bagi sahabatku ini merupakan permulaan yang sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Menyusul selepas pemergian Mohd Faizol, seorang lagi sahabatnya yang juga menaiki motor yang sama juga meninggalkan aku. Ahmad Fadhiri bin Mohamad Ariffin yang aku kenal merupakan seorang yang tenang dalam segala urusannya. Ya Allah, tidak sampai 2 bulan aku mengenalinya, Allah lebih menyayanginya. Percaturan yang cukup hebat di mana 2 orang sekali gus Allah menjemput sahabat ini.

Tidak pernah aku merasakan perasaan ini apabila sahabat ini melangkah ke alam barzakh. Apabila aku melihat wajah tenang mereka, aku merasa hiba dengan pemergian mereka. Namun, aku juga pasrah dengan pemergian mereka ini.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Faizol dan Ahmad Fadhiri…

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran