Tuesday, January 5, 2010

Kembali


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana aku masih lagi diberi peluang dan ruang untuk terus bernafas di dunia ini dengan indah dan menikmati nikmat yang terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat iman dan Islam.

Setelah lama aku meninggalkan laman tinta ini, aku rasa mahu kembali untuk mengimarahkan laman tintaku ini. Hari-hari yang penuh dengan bermakna telah aku lalui dengan rasa kesyukuran. Lebih kurang sebulan aku tidak menulis dalam laman ini yang mungkin disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat digariskan di sini. Jadi aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sementara penulisanku dalam laman ini. Terasa futur untuk meneruskan penulisan blog ini kerana pada aku sudah terlalu lama meninggalkan bolg ini;-( Tetapi mungkin masih ada lagi ruang untuk aku meneruskan penulisanku di sini. InsyaAllah.

Alhamdulillah, pada hari 27 dec yang bersamaan 10 muharram 1431 adalah hari yang menjadikan aku semakin dekat dengan kehidupan akhirat kerana pada hari ini genaplah umurku 22 tahun. Hari yang disunatkan untuk kita berpuasa dan seterusnya menjadikan akhlak kita lebih terjaga sekiranya kita menjaga ibadah kita. Pada saat aku teringat kedua orang tuaku yang berada di Mekah untuk menunaikan haji, semoga haji mereka diterima sebagai haji yang mabrur. Rindu sangat untuk berjumpa dan bersalaman dengan mereka tetapi keadaan yang menangguhkan pertemuan kami. insyaAllah aku akan balik juga untuk berjumpa orang tuaku.

Diharapkan dengan kembalinya aku dalam blog ini menguatkan semangat aku untuk terus menulis dalam blog ini. Pada aku ini merupakan salah satu wadah untuk aku berkongsi atau menyampaikan sesuatu kepada pembaca dan insyaAllah semoga kita bersama-sama mengambil sesuatu daripada penulisan ini.

No comments:

Post a Comment

hiburan hatiku

Listen to Quran