Thursday, October 29, 2009

KEMBARA ALAM

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Untuk mengetahui ataupun mengenali lebih dekat kawan kita, kita perlu melakukan 3 perkara (kalau tidak silap lar yek) iaitu yang pertama bermusafir dengan dia, makan bersama-sama, dan bermalam@tidur bersama(jgn silap tafsir plk). Cuma mahu ceritakan di sini adalah bermusafir itu sendiri. Dengan bermusafir atau berjalan jauh bersama kawan kita, kita akan dapat mengenali kawan kita ini dengan lebih dekat. Kita akan tahu kawan kita tadi jenis yang macam mana, ok ke xok tapi yang pentingnya kita dapat memperbaiki lagi hubungan ikhwah dengan kawan kita tadi.

Setelah puas bemalam di sungai Samak, rehat setengah hari dan sambung pula bermusafir ke tempat orang. Selama 4 hari, aku memang berada dalam keadaan sedikit kelam kabut sebabnya mungkin mahu sangat bermusafir ke tempat orang. Hari Ahad sampai ke Rabu, jadualku penuh dengan aktiviti.

Ahad sampai ke Isnin, seramai 22 orang telah bermalam di sungai Samak. Mungkin inilah yang dikatakan dengan cabaran untuk bermalam di hutan(sungai samak je pun). Tapi ok la kot sebab dapat gak tidur tepi sungai (fuhhh memang sejuk). Bila lagi dapat tidur betul2 tepi sungai??he2…makanan utama kami semasa di sungai samak, ayam bbq yg separuh masak, bihun, dan Maggie. Tentatifnya mudah aje, wat la keje masing2, bila mase makan, suma orang akan laju! Pendek cerita, tiada apa2 perkara buruk yang berlaku cuma dekat sungai samak tu, nampak la siapa yang jenis berjaga2 dan siapa jenis yang xkisah.

Hari Selasa pulak, bermula la xpdc kami seramai 8 orang je ke lumut (sekitarnya). Bertolak pukul 7.15 pagi sudah cukup menyemarakkan lagi kami untuk pergi ke tempat orang. Pendek cerita, kami pergi ke Teluk Batik, Lata Kinjang, dan abiskn masa ats moto je. Tapi, memang koboi sebab kami tidur kat tempat awam lumut jer (jd kena la sentri gilir2). Orang kata, jauh perjalanan, luas permandangan. Jadi luas2 kan la permandangan kita supaya jelas pemandagan kita terhadap sesuatu perkara itu.

Memang banyak perkara yang aku dapat daripada aktiviti ni:
1. Siapa diriku yang sebenar?
2. Siapa kawanku yang sebenar?
3. Melihat tempat orang?
4. Indahnya ciptaan Allah.
5. Dan yang paling penting dapat merasai lagi betapa luas dan hebatnya Kerajaan Allah…

Jadi diharapkan, dengan pengalaman ini akan dapat membawa aku ke realiti sebenar kehidupan. Moga2 apa yang kami buat ini, menjadikan kami lebih matang meniti usia yang semakin meningkat.

Wallahualam.

Sunday, October 25, 2009

DARI HATI KE MATA...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirahmanirahiim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dari hati ke mata?

mmm…pelik bunyinya? Bagaimana seorang boleh melihat tanpa menggunakan mata? Biasanya orang akan sebut dari mata turun ke hati. Tapi sy cuma mahu mengetuk sedikit pemikiran yang sebegitu kerana mahu membuat sedikit kelainan kot.

Mata memang berfungsi untuk melihat segala ciptaan atau kebesaranNya. Jadi biasanya mata yang kita gunakan ini adalah untuk melihat. Dengan mata kita boleh melihat muka ibu bapa kita, melihat sahabat-sahabat kita, melihat indahnya bintang, dan melihat apa sahaja yang terlintas dihadapan kita. Besarnya nikmat mata ini jika nak dibandingkan dengan wang ringgit, rumah-rumah besar, emas-perak dan setara dengannya lah. Mahukah kita menukar nikmat melihat ini dengan rumah-rumah banglo? Mahukah kita tebus nikmat melihat ini dengan 1 juta ringgit atau lebih daripada itu? Persoalan ini akan terungkai sekirannya anda sendiri membuat pilihan.

Cumanya di sini, mungkin satu perkongsian dengan anda semua bagaimana untuk melihat sesuatu itu bukan dengan mata. Macam mane ek??mmm…pada sy lar, apabila kita melihat sesuatu perkara itu mestilah di dasari dgn pandangan hati. Dengan erti kata lain, kita memandang dengan mata yang ada dalam hati dan bukan mata yang ada di alis mata. Sekirannya kita melihat hanya dengan mata, maka mata hanya akan apa yang ada di luar sahaja. Jika cantik, maka cantiklah ia, dan jika hodoh, maka hodohlah ia. (mcm selalu kita diasak dengan pakej2 yg digariskn oleh pencinta hendonisme!!yg ntah pape!!)

Sedangkan hakikat sebenarnya adalah berbeza. Yang cantik di luar itu tidak semestinya cantik di dalamnya dan yang hodoh di luar itu tidak semestinya hodoh di dalamnya. Mungkin kalau sudah cantik dan dalam adalah satu bonus baginya.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)

Di sini, hatilah yang akan mentafsirkan cantiknya luaran itu berdasarkan pandangan tulus ikhlas hati itu sendiri. Mungkin anda semua sudah biasa mendengar hadith yang lebih kurang maksud dia : dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika baik, maka baik la keseluruhannya dan ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI. Jadi sekirannya kita melihat seseorang itu, janganlah hanya dilihat dengan pandangan mata yang ada di alis mata tapi mata yang ada dalam lubuk hati. Kerana sy pasti, selagi namanya manusia itu, hatinya pasti mahukan sesuatu yang baik. Xde lagi hati manusia ini yang mahukan kepada keburukan, kehancuran dan sewaktu dengannya. Kalau melihat penjenayah atau orang-orang jahat ini pun sebenarnya masih ade lagi sedikit terdetik di hatinya untuk menjadi baik. Jadi nak diceritakan di sini adalah hati ini sangat besar “share”nya dalam hidup kita. Jika rosak hati, maka “bankrap” hidup kita.

Tambahan lagi, Ulama mengkategorikan hati manusia ini terbahagi kepada beberapa jenis;

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Akhir tinta putihku ini, sy ingin membawakn apa yg dikatakan oleh imam al-Ghazali iaitu hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.
Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam surah asy-Syams, ayat 1 hingga 10."

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."
(Riwayat Muslim)

Wallahualam.

Saturday, October 24, 2009

Nikmatnyer!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirahmanirahiim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pagi yang penuh nikmat ini, sekali lagi aku bangun dengan penuh rasa kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati pemberianMu Ya Allah. Jika nak dihitungkan nikmat Allah ini, maka tiada angka yang mampu hitung nikmat Allah kerana banyaknya nikmat Allah ini sampai kita pun xmampu nak kira. Dan nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam…Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau masih menyayangi hambaMu ini…

Nikmat pagi, nikmat tengah hari, nikmat petang, nikmat malam, dan segala macam nikmat yang diberi kepada kita perlulah diisi dengan perkara-perkara yang sebaiknya. Kadang-kadang kita memohon dan berdoa kepada Allah agar diperkenankan permintaan kita, dan sekirannya kita dapat apa yang kita mahu itu, kita perlulah bersyukur dan antara yang kita mahu adalah mahu jadi senang, rumah besar, jadi pandai dan sebagainya lah. Nikmat yang kita minta ini, dikira sebagai nikmat yang kita mahu dan jika permintaan kita ini diperkenankan, maka kita sebagai hambaNya yang memohon tadi perlulah mengucap alhamdulillah (aku bersyukur kepada Allah). Sebab apa kita perlu bersyukur?? Sebab segala apa yang kita ada ni pun adalah pinjaman daripadaNya sahaja. Kita ada tangan?kita ada kaki?kita ada tubuh badan?dan yang lebih hebat lagi aku dah ada segala-galanya?...betul ke??nak ceritakan semua yang kita ada ini pun sebenarnya bukanlah milik kita, tapi milik Allah. Jadi sekirannya, semua ini milik Allah, apa yang kita ada? KITA HANYA ADA PILIHAN!!. Sama ada mahu buat baik atau buat jahat. Buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa…(tapi kebanyakan daripada kita sudah tidak faham maksud pahala dan dosa ini)jadi berlakulah maksiat yang berleluasa yang difikirkan biasa saja.

Nikmat yang kita tak minta pun Allah bagi jugak sebenarnya…percaya tak, dalam doa kita, kita xpernah minta bumi, xminta matahari, xminta bulan dan dll. Kita minta apa?anda sendirilah yang tahu. Cumanya nak ceritakan kt sini, Maha PemurahNya Allah itu, sampaikan apa yang kita xmintak pun Dia bagi...jadi BERSYUKURLAH kita kepadaNya kerana dalam al-Quran Allah cakap “kebanyakan daripada kamu tidak beriman”. Jadi Allah itu memang Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan kita dan di belakang kita..

Jadi pada pagi ini, rasanya nak cerita pasal nikmat saje lah. Kerana apa? Sebab moga2 kita diingatkan dan sentiasa diingatkan.

Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan) , Tawwab (suka bertaubat) , dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat". (Silsilah Hadits Shahih Bukhari No. 2276).

Akhir tinta, moga-moga kita semua dimasukkan ke dalam golongan yang sentiasa bersyukur kepada Allah. Dan apa yang sepatutnya kita bersyukur adalah nikmat IMAN dan ISLAM…wassalam,

“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”

Wednesday, October 21, 2009

SEKOLAH dan KITA?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengayang

Assalamualaikum wbt...

Soalan yang pertama..
Kenapa Kita Ke Sekolah?

Mungkin ada yang menjawab, kerana ingin menuntut ilmu. ada pula yang menjawab, bosan tinggal di rumah kena buat kerja rumah, jaga adik-adik dan mungkin ada yang menjawab, kerana seronok ingin bertemu kawan-kawan.

Kurangnya kesedaran dari dalam diri pelajar menyebabkan mereka tidak bersungguh2 dalam pelajaran. Pergi sekolah sekadar menjalankan rutin atau kerna di paksa. Mungkin akan di rotan jika berani ponteng? atau pergi ke sekolah kerana inginkan wang saku? Sampai separuh jalan, langkah di lencongkan ke arah pusat hiburan atau pusat membeli belah, ponteng dan melepak bersama kawan2. Seterusnya berisiko terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti merokok, vandalisme atau berzina.

Cabaran Menjadi Ibubapa.

Mentaliti remaja dewasa ini semakin sukar untuk di dalami, apatah lagi untuk di fahami. benar, ibubapa di sarankan dan di tegur, jangan mendidik anak2 sama dengan cara ibubapa kita dahulu mendidik kita, kerana zaman ibubapa kita dan zaman anak2 kita secara keseluruhannya tidak sama. Berbeza sama sekali.

Anak2 ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berhak mencoraknya. Ingin belang-belangkah atau ingin bertompok-tompok atau berwarna warni? Jawapan ada di tangan ibu dan bapa. malangnya, peredaran zaman dan kehendak semasa membataskan segala. kebanyakan ibubapa lebih berminat untuk menghabiskan masa dengan bekerja (demi anak2) dan selebihnya berehat di rumah dgn menonton tv atau tidur. bila masa untuk mendidik anak2? lantas, anak2 terabai dan terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat. ibubapa tidak boleh menyerahkan tugas mendidik anak2 seratus peratus kpd guru kerana kuasa dan masa guru juga adalah terhad.

Kadang2 hairan juga melihat ibu bapa bersungguh2 merotan anak2 apabila anak2 mendapat keputusan yg tidak memberangsangkan dlm pelajaran, namun sebaliknya apabila anak2 tidak menunaikan solat, ibubapa seolah2 tiada sebarang tindakan. Sekadar melihat. Nah, didikan dan asas agama yang tidak kukuh ini akhirnya mendedahkan remaja kepada masalah2 sosial yang semakin menular.

Apa yang dimakan juga mempengaruhi sikap dan adab seseorang remaja. maka ibubapa perlu bertanggungjawab dan menitik beratkan soal halal haram rezeki yang ingin di suap ke mulut anak2. Soal halal haram bukan benda remeh. Keberkatan dlm rezeki itu perlu. Kadang2 dek dikejar masa yang selalu tidak mencukupi, ibu bapa lebih senang menyuap anak2 dengan makanan segera yang tidak di jamin khasiatnya dan di ragui status halalnya. Air tangan org yg memasak juga ada kesannya. Apa agaknya kesan sekiranya anak2 sering disuap dengan air tangan peniaga pasar mlm yang mengabaikan solat maghrib? wallahua'alam.

Cara mendidik anak2 zaman kini memerlukan tindakan yang bijak. Mereka tidak boleh terlalu di kasari dan juga tidak boleh terlalu di manjakan. Mereka hendaklah sentiasa di dekati dan cuba di fahami secara berhemah. Merekalah permata hati dan penyambung warisan.

Peranan Anak.

Sebagai remaja yang sudah baligh dan waras dalam pemikiran sepatutnya tahu membezakan mana yg baik dan mana yang buruk. Jangan menunding jari menyalahkan ibubapa sekiranya anda menjadi rosak kerana anda yang paling berkuasa terhadap diri anda. Anda adalah apa yang anda fikir dan apa yang anda mahu. Berfikir sebelum bertindak. jangan tergopoh gapah dalam melakukan tindakan.

Hargailah pengorbanan dan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kedua ibu bapa kepada anda. kenanglah jasa ibu yang bertarung dengan maut semasa melahirkan kita. Ingatlah setiap titik susu yang pernah ibu berikan untuk hilangkan kehausan anda semasa bayi. Darah yang mengalir dalam tubuh anda juga darah mereka. Bukan sedikit jasa mereka terhadap anda jadi tergamakkah anda menghancurkan harapan mereka? Senangkanlah hati mereka dengan kejayaan. Biarlah mereka menangis kerana kegembiraan, bukan kerana kecewa.

Anda yang menetukan siapa teman baik anda. anda yang lebih tahu. Pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak, memberi pengaruh yang tidak baik. Maka, jauhi dan elakkan pergaulan yang tidak sihat. Teknologi yang semakin canggih juga tidak seharusnya di salah gunakan. Kepercayaan yang di berikan oleh ibubapa juga harus di manfaatkn dengan sebaiknya. perjalanan hidup bukan sebuah kisah ceritera yang boleh di edit atau di erase, sekali kita tersilap langkah, selama-lamanya kita akan menanggung kesannya. Sayangi diri anda dan masa depan anda.


Apa yang dilaporkan di sebuah akhbar baru2 ini suatu yang mengejutkan.

"Remaja Megah Tiada Dara"

Suatu berita yang tidak menyenangkan, malah menjengkelkan. remaja belasan tahun mengaku terlanjur dan melakukan seks luar nikah sejak di bangku sekolah rendah, malah ketagihan seks dan sanggup mengumpan sesiapa saja untuk memuaskan nafsu. Mengikut kenyataan mereka, dalam 20 org rakan mereka boleh dikatakan 17 org semuanya tidak mempunyai dara. Lebih menyedihkan, sesiapa yang masih dara di ejek dan di kutuk hingga akhirnya mereka terpengaruh untuk berzina. Naauzubillah. Suatu berita dan pendedahan yang menakutkan, apa peranan ibu bapa? Ttergamakkah mereka melihat anak2 gadis mereka terus merosakkan diri?

Zina itu haram. Ia haram kerana ada banyak kesan buruk . Antara kesan buruk akibat melakukan zina, kecelaruan dalam penentuan ayah si anak, penyebaran penyakit merbahaya dan sebagainya. Apabila Islam melarang perhubungan haram, tujuannya adalah untuk melindungi maruah dan keturunan manusia. Akibat dari zina, hubungan yang mengikat masyarakat luntur dan masyarakat dipenuhi dengan penyakit yang merebak melalui perhubungan seks, menandakan kemurkaan Allah terhadap mereka yang mencabuli sempadan suci Nya dan menghalalkan yang haram.

Bagaimana jika sudah terlanjur?

Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba2Nya. Terus berhenti melakukan maksiat dengan penuh tekad dan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali mendekatinya atau mengulanginya, lakukan solat taubat dan bertaubatlah bersungguh-sungguh. Menangislah memohon keampunan dr Allah dan menangislah kerana takut kpd azab Allah. Elakkan dan jauhi pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak baik. Dekatkan diri kepada Allah dan luangkan banyak masa di rumah melakukan perkara2 yang bermanfaat.

Penutup.

Anak2 mutiara hati ibubapa. Ibu bapa yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia ini. syurga kita di tapak kaki mereka maka janganlah sekali-kali sakiti atau lukai mereka. Ibu bapa berkerja keras membesarkan kita, memberi kita makan dan tempat tinggal, menyekolahkan kita, dan peranan kita cuma sedikit, patuhi dan hormati mereka. Jika kini tugas kita adalah belajar menuntut ilmu, maka lakukanlah dengan bersungguh2. Jangan pula abaikan suruhan Allah dan jadilah anak yang soleh.

Semoga kita dapat membahagiakan ibu ayah dunia dan akhirat. kasihilah dan berbaktilah kpd mereka.tanpa mereka kita tidak akan lahir kedunia yang indah ini. Semoga kita dan mereka kembali bersama di syurga kelak. Amin.

siapa saya?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Sesungguhnya segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan daripada-Nya, meminta ampun kepada-Nya serta memohon petunjuk daripada-Nya.

Cumanya sy nk cerita sedikit siapa sebenarnya sy ini???teringat sy kpd sebuah karya arab yang berbunyi:

Aku ni siapa?
Alam ini apa?
Manusia ini siapa?
Dari mana aku datang?
Hidup ini apa?
Bagaimana keadaan akan datang?
Yang menanti aku sesudah ini?
Adakah lagi “hidup” selepas hidup ini?...

Jadi, sy mengakui bertapa kerdil nya diri ini jika mahu membandingkn dgn kekuasaan-Nya. Manusia ni sangat kerdil sehinggakn klu kita tgk tanda2 kebesaran-Nya, kita terduduk, terpaku dan seterusnya apa yg boleh sy ckp adlah “Amantu billahiwarasul” aku beriman kepada Allah dan rasul. Mana tidaknya, kita lihat saiz bintang dgn manusia, pastilah bintang lagi besar drpd kita. Nah!jika bintang yg berada di angkasa raya juga sudah difikirkn besar, satu kajian mendapati bintang2 yg ada di angkasa raya ini lebih byk drpd pasir2 yg ada di bumi ini…Subhanallah!! Jadi bertapa kecilnya kita dan luasnya Besar Allah swt yg mengaturkn rancangan-Nya. Jika kita lihat pasir2 di tepi pantai sudah byk??jadi bayangkn sekirannya pasir itu bintang dan seterusnya manusia ini lebih kecil drpd pasir tersebut…jadi bagaimana keadaan kita??Allahuakhbar!!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Memang sebagai manusia dicipta dgn sifat mudah lupa dan ada hadith yg sy ingin kongsi di sini iaitu :

Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan) , Tawwab (suka bertaubat) , dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat". (Silsilah Hadits Shahih Bukhari No. 2276).

‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan
Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
~Surah Al-A'raf, ayat 172~

Tuesday, October 20, 2009

hubungan ikhwah

salam...

Alhamdulillah, dalam kita merencanakan sebuah kehidupan pastinya ada satu perkara yang difikirkan penting iaitu hubungan ikhwah sesama muslim kerana setiap muslim itu adalah bersaudara antara satu sama lain. Jadi, untuk merencanakan sebuah ikhwah, janganlah kita beranggapan bahawa semua perhubungan dihalalkan oleh agama Allah. Memang diakui bahawa setiap orang yang ber"title" muslim, dia adalah salah satu daripada saudara kita yang mana mereka juga mempunyai hak untuk dinikmati seperti mestilah dibantu apabila ditimpa masalah, memberi salam dan sebagainya. Namun, ada suatu perkara yang penting dalam kita menjalinkan ikhwah sesama kita iaitu "batasan dalam perhubungan". Lelaki dan wanita sepatutnya tahu apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang mereka tidak boleh lakukan. Selagi seseorang itu bernama "bukan mahram" kepada orang lain, selagi itulah dia perlu jaga batasan pergaulan mereka. Lainlah ceritannya jika dia ini sudah "akad nikah". Jadi cumanya di sini, saya ingin menasihati diri saya sendiri dan mereka yang masih lagi mengaku Islam, untuk membina hubungan atas kerana Allah swt kerana hanya dengan itulah kita terselamat daripada hubungan yang tidak diredhai.

Berbalik kepada perkara pokok yang saya ingin sampaikan iaitu kepentingan hubungan persaudaraan sesama Islam yang mana saya fikir dan saya mengakui saya sendiri masih lemah dalam persaudaraan sesama Islam. Walaupun diri ini tidak layak untuk bercakap mengenai hubungan persaudaraan, tapi saya fikir cukup untuk saya menyampaikan satu perkara kepada diri saya sendiri dan seterusnya kepada orang lain. Sebagai contohlah, saya masih mengakui ada beberapa orang yang saudara seislam saya yang saya sendiri kurang kenal ataupun senang ceritanya tidak tahu nama. Apatah lagi mereka yang bukan dengan seagama dengan saya. Tapi, cumanya di sini, ketahuilah bahawa saya ini adalah saudara kamu semua. Dan atas maksud itu, marilah kita bersama-sama menghubungkan tali silaturrahim sesama insan dan binalah kekuatan kita melalui persaudaraan yang berlandaskan hukum Allah swt.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya"(HR Al-Bukhari dan Muslim). Jadi, tahap perhubungan kita diukur melalui hadith ini di mana tingkat yang paling tinggi dalam perhubungan adalah kita mengasihani saudara kita sebagaimana kita menjaga diri kita sendiri. Saya pasti, apabila kita menyebut tentang penjagaan diri ini, semua akan berhabis-habis untuk berbelanja dan sebaginya untuk menjaga diri sendiri. Tetapi malangnya, apabila sebut sahaja saudara kita, kita melarikan diri.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Akhir tinta putihku ini, sambutlah salam daripada saya kepada kamu semua...jadikan hubungan persaudaraan kita ini indah dan tiada yang lebih indah lagi sekirannya mendapat kerahmatan dan keredhaan daripada Pemberi nikmat indah itu sendiri iaitu Allah swt...insyaAllah

salam pertamaku

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam dicurahkan kepada junjungan mulia nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat...

pagi yang pertamaku menghasilkan sebuah tinta yang difikirkan perlu sebagai usaha saya menyampaikan dakwah secara ringkas. jadi diharapkan blog ini bermafaat kepada diri saya sendiri dan seterusnya kepada anda semua...insyaAllah...

hiburan hatiku

Listen to Quran